Tuesday, June 19, 2012

MACRONI GORENG....ATAS PERMINTAAN



Atas permintaan putri bongsu saya nak makan macroni goreng......tapi ala ala Malaysia katanya.Ahhh!!  tak pandai masak tapi pandai buat arahan pulak.....'alaaaa mama goreng macam, mee goreng yang biasa mama buat tu'....sedappppp ma! katanya.Oh!......cakap lah dari tadi....klu tu senanglah sikit! ingatkan ada resepi khusus .



Tak payang lah nak tulis2 resepi kat sini kan, kalau cara macam buat mee goreng semua orang pandai buatkan. Malah ada yang buat lebih sedap daripada saya ! Apa pun buat tatapan saja ya! nak ajak makan pasti semua tak boleh nak datang....betul tak!




Macroni goreng ala2 mee goreng......sedap!

KEK PISANG WALNUT BERSAMA SOS BUTTERSCOTCH


Bila badan dah sehat sikit saya dah mula tak boleh duduk diam....nak masuk dapur juga.Bila tenguk pisang tergolek2 tak ada siapa nak makan saya pun berangan2 nak buat kek pisang.....Alhamdulilah semua bahan yang di perlukan ada didapur so senang lah saya nak laksanakan projek saya.


Semalam saya buat butterscoth sauce so rancangan nak curahkan saja atas kek ni bila siap nanti.Memang susah nak gambarkan betapa kek ni memang supper sedap!Saya ni bukan lah pandai nak tulis recpie....apa pun bila ada masa nanti saya cuba tulis recpie ni ya....kalau ada ayat yang tak betul   minta maaflah!.



Lihat!......kek pisang walnut yang disiram dengan sos butterscotch.....sedap!

Saturday, June 16, 2012

SAUCE BUTTERSCOTCH AND CHOCOLATE CHIPS BISCUITS


Minggu lepas saya tak berapa sihat selepas cucu2 pulang ke Indahpura, saya di serang demam ,batuk dan selsema.Alhamdulilah dah makan bermacam2 ubat kesihatan saya pulih seperti biasa.Kalau dah sehat....memang tak boleh duduk diam nampaknya ada saja yang saya akan lakukan.Semalam saya buat sauce butterscotch.....buat lebih sikit simpan didalam peti sejuk bila2 nak digunakan ianya dah tersedia.


Bila dah ada sauce butterscotch mulalah tangan ni gatal nak buat cookies pulak.Nasib semua bahan dah ada kat rumah...kecuali ada sedikit saja chocolate chips,namun ia tak membantutkan niat saya, saya lebihkan kekacang pulak!Oh! ya! sauce butterscotch tu saya ambil dari blog Zack....Zack akak nak minta kebenaran untuk ulang tayang resepi ni dan halakan ya! semuga Zack dilimpahi dengan rezeki yang berlipat ganda...Amin.

RESEPI SOS BUTTERSCOTCH

2/3 cawan krim susu sejat/evaporated creamer
3/4 cawan gula perang (dipadatkan)
2 tbsp + 1/3 tbsp butter
2 tbsp esen vanilla
(disatukan dalam satu bekas)

1. Kacau atas api kecil.dalam 5 minit
2. Kuatkan api biar adunan mendidih sebentar padam api. Angkat periuk dan terus dikacau 5 - 10 minit/ untuk mendapat kepekatan yang dikehendaki.



Biskut chocolate chips yang siap dibakar......memang sedap! terima kasih Zack! kerana resepi sauce tu memang terbaik.


Wah! siap dengan cookies monster.....yang ni putri bongsu saya yang buat dia ni memang minat melukis ...sementara menunggu keputusan universiti ni dia duduk dengan saya disini.Rasa2nya dia pun boring tak ada kawan tak ada kerja......aktiviti untuk menghilangkan boring dia melukis!.

PENANTIAN SATU PENYEKSAAN..............

 Cuti sekolah yang baru lepas cucu2 saya datang kerumah kami di Venice bersama keluarganya.Cuti diakhir minggu perkesolahan yang akan dibuka semula...walau pun sekejap terubat juga rindu saya pada mereka.Natashah cucu kedua kami baru tahun satu, ceria dan manja kemana kami pergi dia pasti bersama.Ini lah rupa orang yang sedang bosan menunggu!........... menunggu mama nya berbelanja.


Macam2 aksi orang boring ni..........last2 neneknya pun boring sama.Menghilangkan keboringan saya ambil beberapa gambar dia.....boleh pose manja2 gitu!.


Comelkan cucu saya ni!....semuga ianya menjadi mengubat kerinduan saya padanya tersimpan disini untuk diabadikan.Mama Qees sayang kakak!.


Betu juga kata orang penantian itu satu penyeksaan!.....last sekali tuan punya blog (nenek Natashah) turut boringgggggg!!!!

DURIAN DAN ROJAK BERSAMA KUAH KACANG MAK BEE


N3 kali ni saja nak tayang durian yang sedap lagi mantop......sebenarnya tayangan dah basi, kebanyakan  blog dah pun tayang buah ni kiranya saya dah terlambat....ha! ha! ha! kesian kan saya.Apa pun saya nak letak  juga N3 tentang durian, buah kegemaran saya, yang membuat berat badan saya bertambah2.


Sebenarnya en suami ni suka sangat beli durian walau pun kami tinggal berdua saja disini.Kalau dah beli siapa nak makan kan! mestilah saya yang kena makan....kalau dah makan saya juga yang kena habiskan dan saya lah juga akan tambah berat badan.Walau pun tak banyak tapi kalau dah isinya tebal ...fuhhhh sebiji pun senak perut nak menghabiskan nya.


Dan yang ni pula Kuah Rojak Kacang Mak Bee...memang terbaik rasanya memang sedappp!.
Tak payah nak tambah bahan2 lain cukup dengan kuah rojak ni saja, tak percaya cuba rasa dulu k.Tapi kalau puan2 rajin nak tambah bahan2 lain pun ok juga ...tetap sedap.Kuah rojak ni kalau pandai cari kedai menjualnya dan kena tempatnya harga 3 botol tu hanya RM 10 saja.Kalau tak silap kuah rojak ni  fames kat area utara...........Kedah..


Untuk kami berdua, kami beli saja buah2an potong dan tambah timun dan sengkung tapi  kalau nak cantik lagi letak kangkung, taugeh dan tahu goreng.....  baru betul rojak petis namanya!


Saya hanya guna nenas ,timun dan sengkuang saja.....itu pun dah terbaik rasanya.

Monday, June 11, 2012

KECOH JABATAN PERTAHANAN AWAM DATANG KE RUMAH SAYA


Minggu lepas sehari sebelum keluarga dari Johor Baharu datang kerumah saya, saya mengalami detik detik yang amat mencemaskan.Ini lah peristiwa yang tak akan saya lupakan seumur hidup saya, lebih2 lagi saya memang takut pada spesis yang bernama ular tak kira besar mahupun kecil....memang saya takut  meremang bulu roma bila sebut namanya saja.


Sewaktu saya nak buka cover mesin basuh untuk menjemur baju yang telah siap dicuci...tiba2 ada sesuatu benda hidup yang mengelupur didalamnya.Wah! terperanjat saya dibuatnya jelas benda yang mengelupur tu berwarna hitam dan kuning dengan secara sepontan saya menutup cover mesin basuh tu. Mengigil satu badan ....terus saya tutup pintu dapur dan duduk memikirkan apa akan terjadi jika saya terus membuka penutup mesin basuh dan hulur tangan kedalam untuk mengambil baju basuhan saperti biasa saya lakukan.


Masalah besar yang saya hadapi tel rumah memang tak ada dan hp saya pula sudah dua hari rosak dan sedang dibaiki dikedai.Memandangkan suami saya sedang menerima rawatan gigi di kilinik pergigian di Sri Manjung...pening kepala macamana nak menghubunginya.Entah bagaimana saya terus on9 tnet......saya pun up date status fb dan dapat banyak feedback daripada rakan2 fb saya.Alhamdulilah masing2 menghulur bantuan, termasuk setiausha bos en suami yang di Lumut mahu pun dari KL...masing2 call en suami beritahu situasi saya.En Suami bergegas balek dan terus menghubungi 911untuk meminta bantuan.


Tak lama lepas En Suami balek kerumah anggota Jabatan Pertahanan Awam pun sampai mereka terus melakukan misi mencari spesis tersebut.Malangnya dia telah menghilangkan diri sebelum anggota JPA menangkapnya......sampai saat ni saya masih fobia nak basuh baju.Jelas anggota JPA pada saya spesis tersebut adalah antara yang berbisa......hati2 pesannya pada saya dan jika ada masalah bolih hubunginya lagi 'kami beroperasi 24 jam'...syabas! diucapkan dan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua anggota JPA cawangan Manjung.


Saya amat bersyukur dengan bantuan fb saya dapat menghubungi En Suami dan dia dapat  mengambil langkah2 yang sepatutnya demi keselamatan saya....Alhamdulilah.Terima kasih kepada rakan fb yang sudi membantu dan memberi semangat kepada saya, kepada Banin dan Mazlina terima kasih kerana tindakan pantas anda berdua menghubungi en Suami dapat mengurangkan resah saya menghadai situasi cemas ini.

PLAIN CHEESE CAKE


Baru dapat masukkan cheese cake dalam N3 ni tak tahulah sejak kebelakangan ni saya sibuk sikit dengan tugas harian.Gagah juga up load gambar dan celoteh sikit tentang cheese cake....kalau dah sibuk sempat buat yang terdaya aja kan. Base Cheese Cake ni saya hanya gunakan biscuits Merries aja....sedap dan tak muak rasanya.


Pada dasarnya saya buat dua biji cheese cake ni....satu tempahan dan satu lagi untuk dijamu pada tetamu yang bertandang kerumah. Satu lagi gambar cheese cake ni tak sempat diambil tuan yang memesan dah pun datang  mengambilnya.


Kalau dalam pantang.....utk berdiet tolong jangan makan ya! pasti berat badan pasti bertambah.....sebabnya saya mengunakan 500 gram cream cheese.Tapi kalau dah tahan godaan makan aja lah ya!


Tuesday, June 5, 2012

PLAIN BUTTER CAKE


Saya pun tak tahu kenapa sejak kebelakang ni agak malas nak up date blog ni, lagi pun saya kurang sihat dan selalu sakit kepala.Apa pun minggu lepas teringin nak makan butter cake, gagahkan juga diri buat sakit2 pun masih ada selera nak makan...Alhamdulilah. Kalau dah hilang selera susahlah nanti ......Cuma nak cerita tentang kek ni....kek ni kegemaran arwah Bonda saya, dia suka sangat kalau saya buat kek ni, dan bila saya membuatnya pasti teringatkanya....Al Fatihah.


Sebenarnya kek ni plain aja nama pun plain tak ada hiasan2 badam diatasnya.......kalau saya buat pasti saya tabur badam untuk mendapat kesedapan yang lebih.Rasanya memang tak bolih disangkal lagi, memang sedap!.....jika makan panas2 lagi umpppp!


Kek ni saya buat untuk minum petang bersama En Suami.........makan berdua jenuh juga untuk menghabiskanya.