Thursday, July 21, 2011

SECOND ROUND CHOCOLATE CHEESE CAKE UNTUK KPOC SITE TEAM


Kek ni kira second round hubby bawa untuk minum petang kat office dia hari ni.......kesian juga bila bawa kali pertama hari tu tak cukup katanya, boss dia nak makan lagi kek dah abis.So tengahari tadi saya buat lagi , kali ni buat besar sikit so ramai yang dapat rasa kecuali dia, malu kot takut orang kata dia buruk siku.....Alhamdulilah oven yang tuan rumah sediakan berfungsi dengan baik...kek tu comel saja bila dlm oven.

Kek sedang dalam proses untuk disejukkan.........guna aircond., sebabnya hubby nak bawa ke office selepas makan tengahari nanti takut tak sempat pula nak balut dengan ganache. Kek ni simple aja tak ada deco hanya
plain chocolate. Di Lumut ni pun dah ada kedai jual bahan2 kek tak lah susah2 nak ke Setiawan atau pun Ipoh dan harga pun agak murah .

Kek yang sudah siap di make up dan sedia untuk dibawa pergi........................pesan anak2 saya ' kalau kita jumpa next week kat KL mama bawa kek yang sama ya!'.......kek ni memang favourite mereka.

No comments:

Post a Comment