Sunday, December 18, 2011

TAHNIAH EN HUBBY


Hari ini dalam sejarah bagi En Hubby dimajlis konvokesyen beliau, mana tak nya dah tua baru dapat peluang untuk melanjutkan pelajaran. Apabila anak2 dah habis belajar barulah dia meneruskan cita2nya......kalau anak2 ada ijazah bapa mesti one step atas dari anak2 kalau tidak malu juga kata nya. Pada hari ini terlaksana lah cita2 beliau untuk dianugerahkan Master Of Science In Occupational Saftey and Health........tahniah.


Saya turut tumpang tempiasnya maklumlah pendorong dan pemberi semangat katakan.......En HB saya ni dah habis belajar pada 2009 tapi baru berkesempatan untuk menerima ijazahnya.....kesiankan.


Diatas sokongan dan dorongan , kejayaan ini cukup bermakna pada kami sekeluarga agar ianya jadi pemangkin kepada anak2 saya untuk berjaya dalam pelajaran mahu pun kerjaya yang diceburi. InshALLAH jika di izinkan ALLAH pasti akan meneruskan keperingkat PHD katanya.


Anak bongsu saya kata dia nak dapat keputusan cemerlang macam papa nya.....CGPA mesti baik macam papa .......walaupun Otai dan memikul tugas yang berat terhadap kerjaya namun masih mampu buat yang terbaik dalam pelajaran.


Kali ni lengkaplah keluarga saya semuanya ada meraikan kejayaan en HB..terima kasih kepaa anak2 mama sanggup melungkan masa untuk meraikan saat2  indah ini.


Qeestina pasti tak lepas peluang untuk bergaya........dia orang yang paling sibuk menunggu 'papa' (panggilan kepada atuknya).....'.kenapa lah lambat keluar dari dewan katanya!.'.........Harapan saya pada majlis ini agar anak2 mempunyai cita2 untuk melanjutkan pelajaran lebih tinggi lagi, dan pada cucu2 tersayang semuga dapat mencontohi datuknya........usia tidak membataskan kita untuk berjaya..inshALLAH.

1 comment: