Thursday, July 21, 2011

SECOND ROUND CHOCOLATE CHEESE CAKE UNTUK KPOC SITE TEAM


Kek ni kira second round hubby bawa untuk minum petang kat office dia hari ni.......kesian juga bila bawa kali pertama hari tu tak cukup katanya, boss dia nak makan lagi kek dah abis.So tengahari tadi saya buat lagi , kali ni buat besar sikit so ramai yang dapat rasa kecuali dia, malu kot takut orang kata dia buruk siku.....Alhamdulilah oven yang tuan rumah sediakan berfungsi dengan baik...kek tu comel saja bila dlm oven.

Kek sedang dalam proses untuk disejukkan.........guna aircond., sebabnya hubby nak bawa ke office selepas makan tengahari nanti takut tak sempat pula nak balut dengan ganache. Kek ni simple aja tak ada deco hanya
plain chocolate. Di Lumut ni pun dah ada kedai jual bahan2 kek tak lah susah2 nak ke Setiawan atau pun Ipoh dan harga pun agak murah .

Kek yang sudah siap di make up dan sedia untuk dibawa pergi........................pesan anak2 saya ' kalau kita jumpa next week kat KL mama bawa kek yang sama ya!'.......kek ni memang favourite mereka.

Sunday, July 17, 2011

BARANG YANG BARU SAMPAI DARI JOHOR BAHARU


Mould lace dan craft gun yang baru sampai dari Johor Baharu.....menggunakan perkhidmatan Nationwide Express.....semua barang2 ni tinggal kat rumah saya di Johor Baharu.

Dengan bantuan Anna menantu saya dapatlah saya melaksanakan perojek tersebut....barulah berseri kek saya.Kalau tak silap saya semua barang2 ni saya beli di Bangi dan harganya boleh tahan juga.....mahal! tapi hasilnya memuaskan.

PROJEK PERTAMA DI LUMUT HANTARAN PERKHAWINAN


Perojek pertama ni kira suka2 aja.....nak hadiahkan kepada teman untuk hantaran perkhawinan anaknya di Kelantan. Tema nya hijau dan putih, saya tak ada pilihan buat kek yang simple saja al maklumlah perjalanan pun agak jauh juga.

Bunga fondant yang saya buat sendiri untuk jadi pemanis hiasan pada kek ni........saya ni bukan pakar macam blogger2 yang tersohor mereka memang mahir dan dikenali ramai.Lagi pun mereka tak kering idea untuk menghasilkan kek yang cantik2.

Pandangan sisi yang di hiasi dengan lace.........mould lace ni agak mahal juga tapi dah minat terpaksa simpan duit untuk mendapatkanya. Walaubagaimana pun hasilnya tetap menawan hati ku.



Gambar atas dan bawah kek yang telah siap dihias dengan mengunakan fondant dan royal icing. Harapan saya Ibu kepada pengantin berpuas hati dengan kek ni ya.

Tuesday, July 12, 2011

MENGISI MASA LAPANG YANG TERLUANG


Dua pasu bunga Daisy dan dua warna yang berbeza yang saya tanam berbunga dengan meriahnya........macam dalam hati ada bunga!...

Warna yang menawan hati.........masa yang terluang ni lah kerja yang saya lakukan untuk masa lapang saya.

Cili padi juga saya tanam............berbuah tak henti2 bagus juga tak payah beli, kalau nak gunakan petik saja dari pasu jimat duit jimat masa juga.

HADIAH DARI US UNTUK SAYA


Semalam tuan rumah yang saya sewa datang bertandang kerumah dan inilah hadiah yang dibawa dari US. Wow...hadiah yang sangat2 saya suka, walaupun dah ada tapi saya tak bawa berpindah kesini. Puan Sharifah dan suaminya Encik Shafik sangat peramah walaupun baru berjumpa tapi macam dah kenal lama.

Comelkan corning ware ni kan.....bukan nak menunjuk cuma nak tunjuk pada anak2 hadiah yang saya dapat dari Puan Sharifah . Lagi pun saya dah janji pada anak nak masukkan dalam blog saya untuk tatapan mereka.

CHOCOLATE CHEESE CAKE


Chocolate Cheese Cake kira2 projek pertama saya di Lumut ni itu pun atas permintaan Hubby nak bawa ke pejabat katanya. Bagus juga kalau tidak cuba oven ni tak tahu juga kesesuainya , Alhamdulilah semua dalam keadaan baik boleh lah buat kueh raya nanti.


Permukaan kek ni boleh dikatakan cantik kan....cuma ada seketul dua jerawat batu. Esok nak buat kek hantaran perkhawinan anak kawan saya.....so bila dah siap nanti saya akan upload photonya ya.

KERJA YANG TERTANGGUH


Ini kerja yang tertangguh akibat kehadiran tetamu ke rumah saya, entah bila dapat saya siapkan .....angan2 nak buat bunga dari gum paste, kembali mengasah bakat yg lama dah belapok.

Tapi yang anehnya bunga tiger lily saya berwarna hijau...ha ha ha saya punya bunga suka sayalah nak warnakan hijau, kuning, jingga atau maroon.

Saturday, July 9, 2011

KENDURI TAHLIL DAN DOA SELAMAT


Alhamdulilah maka terlaksanalah niat untuk mengadakan kenduri tahlil arwah cucu kembar saya meninggal dunia di sini (Sri Manjung), arwah kedua ibua bapa dan saudara mara kami berdua. Dah agak tertangguh di sebabkan tuntutan tugas suami yang mana selalu membuat tugas diluar kawasan,


Untuk makanan saya menggunakan khidmat katering saja.......Restoran Walid & Umi maklumlah berpindah kesini hanya membawa sedikit pinggan mangkuk dan pakaian saja yang lain tuan rumah dah sediakan. Itu pun diatas desakan suami mahukan saya masak 2 menu kegemaranya, kari daging dan sambil tumis udang. Pencuci mulut bubur kacang durian, kueh seri muka dan buah mangga.


Ini tuan rumah dan puan rumah sedang berbincang.......entahlah apa yang kami bincang lupa pula.....agak2 mesti hubby tanya makanan cukup tak?.....mesti lah cukup.....saya standby mee goreng.


Alhamdulilah penuh juga rumah kami , ramai tetamu yang hadir terdiri daripada jiran2 Venice Intan 2 dan 3, teman2 hubby dari Kencan HL, KPOC, Petronas dan juga saudara mara.Terima kasih kami ucapkan semuga dengan kehadiran kalian memberi seribu keberkatan kepada kami sekeluarga...Amin.


ASAM PEDAS IKAN JENAHAK DAN KERANG REBUS


Kerang rebus cecah sambal air asam......best nya.....kerang segar dan size nya pun agak besar daripada biasa yang kami beli, salah satu hasil laut yang terbaik disini.


Ikan Jenahak segar masak asam pedas bersama bendi , kerang rebus air asam dan ikan goreng menu makan tengahari kami berdua.

Hari ni tak masak sayur kerana dalam asam pedas tu dah ada bendi.......jimat masa dan tenaga kan.

Friday, July 8, 2011

MAKAN TENGAHARI YANG MENYELERAKAN


Blog saya kini agak berserabut sebab terpaksa buat sendiri baik edit gambar up date blog maupun jurugambar semuanya buat sendiri..........merngakak juga maklum di usia emas baru kenal dengan IT. Zaman saya dulu2 mana ada komputer mahupun lap top........ni lah terkial2 juga nak belajar nak minta tolong anak2 dia orang jauh kat selatan, nasib badan.Kalau ada yang tak betul tu dari segi penyusunan gambar mahu pun bahasa yang lintang pukang harap maklum.

Di Lumut ni memang tempat membuka selera, sebabnya ikan, udang , sotong mahu pun kerang semuanya fresh belaka. Udang masak lemak ni udang yang ditangkap dilaut rasanya manis sekali....lebih2 lagi ikan kembung goreng memang best. Terbaik dari laut.

Menu makan tengahari saya hari ni tak ada sayur cuma udang masak lemak dan ikan kembung goreng, itu sudah cukup membuka selera kami berdua.