Wednesday, December 28, 2011

MENU MAKAN TENGAHARI KAMI


Hari ni terlebih rajin masak untuk dimakan berdua ......selalunya ala kadar saja maklumlah tinggal berdua kadang2 tu beli saja.Ini bukanlah kes malas tapi kalau masak untuk 2 orang kadang2 tu berlebihan sehingga terbuang .......membazirkan. Menu hari ni ketam masak lemak cili padi entah kenapa teringin sangat nak makan dah lama tak masak ketam katakan .....memang jempol lah kata orang jawa! fuhhh......mantop gitu!.


Sayur campur goreng dengan fishcake dan hati ayam.......makan panas2 memang terbaikkk! siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.....masuk bakul angkat.............jawabnya.


En Hubby saya suka sangat makan sotong tin masak goreng asam.....sesekali bolih selalu susah nanti...dah tua2 ni macam2 penyakit yang tak mengizinkan kita makan yang bukan2.Kesihatan nak jaga juga.....ada seorang lagi tanggungan yang sedang belajar.


Ikan goreng kembung.......ikan ni memang fresh.....!!!

Monday, December 26, 2011

KEINDAHAN ALAM......RONDA RONDA TASIK RABAN


Sempena cuti tiga hari yang lalu memang tak ada rancangan nak jalan2....disebabkan anak saudara dari Kuala Lumpur nak bertandang ke rumah.Tunggu juga tak ada call nak comfirmkan kehadiran nya....so suruh en Hubby call tanya jadi datang atau tidak....kalau tak jadi datang rasa2nya nak balek rumah adik ipar di Kemunting.Apa pun en Hubby kata pack barang dan pakaian kalau tak sempat balek kita cari resort atau hotel untuk bermalam.


Balek ke Taiping sekejap, lepas makan tengahari kami bertolak ke Kuala Kangsar saja jalan2 nak tenguk Tasik Raban dan kawasan sekitarnya. Sepanjang jalan dari Kemunting, Taiping, Cangkat Jering samapi ke Kuala Kangsar menghala ke Gerik ada saja orang menjual buah2an......musim buah2an katakan.


Pemandangan Tasik Raban indah dan nyaman.... air tasik yang tenang membuat kita rasa segar dan jauh dari kesibukan . Saya suka disini jika dapat bawa anak2 tentu mereka rasa teruja dan seronok.


Air Tasik yang tenag dan keindahan pemandangan berlatar belakangkan bukit ....memang cantik. Cuma diharap pihak2 tertentu dapat mengekakalkan kecantikan dan tahap kebersihan yang  tinggi akan membuat ramai lagi pengunjung datang kesini. Kepada pengunjung2 juga jadikan kebersihan budaya kita.


Pemandangan di RnR Jambatan Raja Nazrin.....memang cantik sayangnya...tahap kebersihan sungguh menyedihkan.Tempat makan dibina dengan cantik tapi  tiada seorang pun yang berniaga...entah apa silapnya mungkin tiada penggunjung. Jika nak kata tiada penggunjung tapi bekas makanan dan sampah sarap bersepah2 walapun pihak berwajib telah menyediakan tong sampah dimereta2 tempat. Mungkin juga segelintir masyarakat kita memang bersikap sedemikian rupa.........sedihkan!!!!.


indahkan............




Dari Tasik Raban kami terus ke Lenggong saja nak tenguk pekan Lenggung.........sampai Lenggong kami berpatah balek ke Kuala Kngsar ikut jalan lama . Sepanjang jalan ada saja orang jual durian, rambutan ,manggis dan juga ikan pekasam.Tapi yang agak anehnya tempat menunggu bas dijadikan gerai menjual buah2an...........salah satu sikap orang kita salah guna pasarana yang ada.


Durian disini dijual longgok tidak pakai timbang......durian kampung memang terbaik.

  
Terpaksa pasang kemah sementara untuk melindungi dari panas.....tersenyum pakcik tu apabila lenser kemera  saya merakam gerainya.


Salah satu cara menarik pengunjung ......menjual rambutan diatas penghadang jalan.Olih kerana masa masih awal lagi kami rancang untuk terus pulang ke Lumut...maka berakhirlah misi jelajah Tasik Raban  semuga ianya jadi kenangan indah kami berdua.

MENU MAKAN TENGAHARI DAN MAKAN MALAM KAMI ( 2 IN 1 )


Sewaktu pulang dari bercuti di Johor Baharu kami sempat singgah di Ulu Dedap beli udang galah, sayangnya penjual tu kurang sihat so tak dapat menangkap udang pada hari tersebut. Apa yang adalah kami beli juga maklumlah dah singgah dan dah teringin nak makan kecil pun kecil lah asal bolih dimasak.


Sampai dirumah saya pun memikirkan menu apa nak dimasak campur dengan penat dalam kereta selama 7 jam walaupun duduk saja tak memandu.....letih sungguh.Menu yang mudah dan senang nasi goreng dan sayur campu.....jadilah untuk kami makan berdua.


Sayur goreng oyster bersama udang galah.....amik kaw merah mata tenguk semu menu bertemakan udang galah.Apa pun en Hubby kata terbaikkkkk........ialah dah lapar kan mestilah terbaik!!!!.


Jemput makan semua..............

Monday, December 19, 2011

KEK TERBARU


ROYAL CARAMEL


Memang sedappppppp........kalau nak cuba jom datang kerumah saya


NUTTY CARAMEL


Kek ni pun terbaikkk..........


CHOCOLATE MASCARPONE


Juga kek terbaikkkkk


RUSSIAN BLACK AND WHITE


Marvellous!!!!!!!!!


OPERA


Best gilaaaaaaa........


Jenuh juga nak menghabiskanya..

JOHOR PREMIUM OUTLET INDAHPURA KULAIJAYA


Setelah berada di Kuala Lumpur selama 3 hari kami menyambung cuti di Indahpura.....dulu orang tak tahu dimana Indahpura ni sejak JPO ni dibuka baru lah semua orang tahu.Kalau dari Kuala Lumpur ambil susur keluar Senai, Tuas dan Gelang Patah jangan keluar ikut tol Kulaijaya sesat pulak tak jumpa JPO nanti. Bagi saya ini lah jalan yang paling dekat ke rumah saya......kalau dari rumah saya dalam 5 minit saja dah sampai JPO......tapi Alhamdulilah bagus juga dah duduk jauh kat Lumut ni kalau tidak..... tiap2 bulan lari budget.


Hari2 JPO ni penuh sesak dengan pengunjung..........kalau nak masuk ke kedai2 yang menjual barang2 berjenama terpaksalah beratur panjang.So kami kalau nak ke sini terpaksa rancang masa........awal sikit tak ramai orang..... dan barulah dapat layanan first class!!!!


Terutama butik Coach ni.............tak pernah yang tak ada pengunjung sentiasa ada saja orang, kalau pun tak beli just tenguk2 pun jadilah kot. banyak lagi butik2 yang terdapat disini saperti Timberland, AX,  Quiksilver, Fosill, GAP, Guess, Michsel Kors dan macam2 lagi.


Dalam jalan2 cuci mata TERBELI lah benda kat atas ni..........Hand beg dan purse tu saya punya dan GAP tu untuk cucu2 saya.Kata orang! kalau dah masuk tak beli tu malu lah pulak!!!!alasan terbaikkkkk.


Food Court pun ada tapi bolih tahan mahal maklumlah kalau barangan berjenama makana pun turut ada harga.Kedai makan kat sini pun turut berjenama ya!!!!


Gambar ihasan dari Goggle......cantik kan. Tapi kalau dah penuh sesak dengan orang agak2 macam apa ya!.........pasar malamlah pulak.

Sunday, December 18, 2011

TAHNIAH EN HUBBY


Hari ini dalam sejarah bagi En Hubby dimajlis konvokesyen beliau, mana tak nya dah tua baru dapat peluang untuk melanjutkan pelajaran. Apabila anak2 dah habis belajar barulah dia meneruskan cita2nya......kalau anak2 ada ijazah bapa mesti one step atas dari anak2 kalau tidak malu juga kata nya. Pada hari ini terlaksana lah cita2 beliau untuk dianugerahkan Master Of Science In Occupational Saftey and Health........tahniah.


Saya turut tumpang tempiasnya maklumlah pendorong dan pemberi semangat katakan.......En HB saya ni dah habis belajar pada 2009 tapi baru berkesempatan untuk menerima ijazahnya.....kesiankan.


Diatas sokongan dan dorongan , kejayaan ini cukup bermakna pada kami sekeluarga agar ianya jadi pemangkin kepada anak2 saya untuk berjaya dalam pelajaran mahu pun kerjaya yang diceburi. InshALLAH jika di izinkan ALLAH pasti akan meneruskan keperingkat PHD katanya.


Anak bongsu saya kata dia nak dapat keputusan cemerlang macam papa nya.....CGPA mesti baik macam papa .......walaupun Otai dan memikul tugas yang berat terhadap kerjaya namun masih mampu buat yang terbaik dalam pelajaran.


Kali ni lengkaplah keluarga saya semuanya ada meraikan kejayaan en HB..terima kasih kepaa anak2 mama sanggup melungkan masa untuk meraikan saat2  indah ini.


Qeestina pasti tak lepas peluang untuk bergaya........dia orang yang paling sibuk menunggu 'papa' (panggilan kepada atuknya).....'.kenapa lah lambat keluar dari dewan katanya!.'.........Harapan saya pada majlis ini agar anak2 mempunyai cita2 untuk melanjutkan pelajaran lebih tinggi lagi, dan pada cucu2 tersayang semuga dapat mencontohi datuknya........usia tidak membataskan kita untuk berjaya..inshALLAH.

MAKAN MALAM DI FULL HOUSE

Peluang untuk berkumpul bersama keluarga memang agak susah maklumlah masing2 ada agenda tersendiri  jika dapat bersama2 pasti kami akan penuhi dengan pelbagai aktiviti.......salah satu aktiviti yang dapat kami penuhi adalah makan bersama2. Makan malam di Full House bersama anak2 dan cucu2 tersayang.... makan sambil berbual2 maklumlah sudah agak lama tak jumpa.....cerita nya pun panjang sepanjang dari utara hingga keselatan , susah juga kalau duduk jauh2 ni...satu hari pun tak habis cerita..... ibarat hikayat seribu satu malam pulak!.Apa pun kita layan aja gambar kat bawah ni.....makan dulu!!!!!












Gambar saya bersama dua dari tiga anak gadis saya.........yang seorang lagi dalam flight agak nya.....dia terlepas makan malam bersama keluarga......kesian dia!!!!

JALAN JALAN KE KARYANEKA


Bila balek bercuti ke Johor Baharu pasti saya tak berpeluang untuk up date blog ni maklumlah rutin harian semasa cuti pasti padat dan melayan kerenah anak2 dan cucu2 sudah cukup memenatkan. Minggu lepas kami sekeluarga bercuti di Kuala Lumpur......cuti untuk mengiringi suami kemajlis convocation di Palace Of The Golden Horses. Sementara menunggu anak2 yang datang dari Johor Baharu kami meronda2 ke Karyaneka unuk melihat barang2 kraft......lagi pun ianya terletak bersebelahan dengan hotel penginapan kami.....Royale Chulan


Sebahagian bangunan Karyaneka yang dapat saya rakam melalui bilek hotel penginapan kami.


Salah satu wakaf yang terdapat disini.......teringin nak bina disalah satu sudu di rumah kami di Indahpura.


Sempat posing....merpati dua sejoli katakan.......hahahah.


Disalah satu sudut dibangunan Karyaneka


Comelkan tempat rehat ni........


Salah satu pemandangan yang sangat2 mendamaikan jiwa..........sampai sini saja yang mampu kami rakamkan yang dibahagian dalam adalah kawasan larangan......kalau nak tahu jom kita pergi sama2 lihat macam2 barangan kraft seperti lukisan, batek,anyaman rotan, mengkuang dan berbagai barangan lagi  yang dapat kita lihat.


Bila dah tengahari terasa lapar ronda2 kat bangunan tu ada kantin.....apa lagi kami pun menjamu selera hanya saya dan HB saja yang makan.Walau pun tak banyak stall yang buka.... kerana hari sabtu namun cukup untuk kami mengisi perut yang kosong.