Monday, May 17, 2010

FANCY COOKIES UNTUK HARI GURU

Sekali lagi aku menerim tempahan fancy cookies untuk perayaan hari guru.Kali ini sebanyak 220 keping tempahan yang aku terima 100 keping ditempah olih Puan Ezzatul dari Sek Men Kebangsaan Dato Osman Taman Perling dan 120 keping dari Tabika Kemas Indahpura Kulaijaya.Saya dengan rasa bebesar hati mengucapkan berbanyak2 terima kasih Puan Ezzatul kerana tak putus2 memberi sokongan kepada saya.
Kepada Puan penyelia Tabika Kemas Kulaijaya saya juga mengucapkan ribuan teriama kasih yang tak terhingga kerana memberi saya peluang ini.Syukur Alhamdulilah kehadrat Ilahi memberi saya kekuatan kesihatan untuk melaksanakan tugas ini dan memberi saya peluang berkongsi rezki yang ada bersama2 anak Tabika......Amin!
Bentuk2 yang saya pilih bersesuaian mengikut jiwa remaja dan kanak2.....kasih sayang kepada keluarga dan guru yang banyak berjasa dalam proses pembelajaran dan pembesaran dialam persekolahann dan kehidupan seharian.
Layan ajalah gambar .......lihat lah kerjatangan saya dan ahli keluarga yang datang membantu.
Terima kasih saya ucapkan kepada kakak2 saya yang datang membantu secara sukarela,Nahariah Ami, Dinarad Ami dan adik bungsu saya Khairiah Ami. Tidak lupa anak saudara saya Ateh .Begitu juga sifu saya Puan Sharifah Fathlon yang banyak membantu dan membimbing saya serta tidak lokek memberi pertolongan



Dress ni dilukis olih Yesmin....kan dah saya nyatakan dia ni kalau pasal berangan nak jadi puteri kasi kat dia.......

Untuk kanak2 perempuan dan remaja kami ciptakan dress yang nampak elegen lagi bergaya.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya tenguklah kanak2 tadika ni beratur penuh displin ketika menerima fancy cookies dari gurunya.Tugas guru ternyata amat berat seawal kanak2 hingga lah remaja tak putus2 memberi tunjuk ajar dan bimbingan darinya.

No comments:

Post a Comment