Tuesday, May 4, 2010

TEMPAHAN 100 KEPING FANCY COOKIES

Kali ni saya menerima tempahan 100 keping Fancy Cookies dari Cikgu Tasha .....lupa pula tanya nama cikgu ni....bila tanya Tasha apa nama cikgu nya jawab Tasha dia panggil cikgu aja..... Pening juga nak melukis walaubagaimana pun siap juga 100 keping.......Dengan pertolongan anak2 waktu cuti2 ni.....terima kasih! anak2 mama..Yesmin, Danizad dan juga Nabeela tak lupa juga Azlyana menantu saya yang turut turun padang .
Nabeela paling gemar melukis kerator kartun ,Yesmin suka melukis dress.....dia ni sejak kecil berangan nak jadi princesess kot....Dani pula walaupun tak minat melukis tapi bolih juga mencurah kan bakat yang terpendam........bolih tahan juga!
Tenguklah hasil kerja saya dan anak2......harap2 menepati citarasa cikgu Tasha....
Bentuk kasut, kek sponge box, elmo dan bentuk hati.
Seronok rasanya melukis Fancy Cookies ni ...kerana dapat berkumpul dengan anak2 sambil bergurau dan ketawa....hai! maklumlah bukan senang dapat berkumpul begini. Kalau bukan masa cuti belum tentu kami dapat bersama2......anak2 masih belajar lagi.
Warna2 ceria dan garang pasti menarik minat kanak2......moga pesta hari lahir ni meriah dengan cookies ni

No comments:

Post a Comment