Saturday, May 29, 2010

SAMBIL MENYELAM MINUM AIR.....TUMPANG LALU!

Selepas siap segala tugasan pada hari Khamis tu saya bersama suami dan Nabeela bertolak ke KL. Kali ni ada pelbagai tujuan suami ada tugas nya saya ada tugas dan agenda tersendiri....tujuan asal memang mengambil barang2 anak saya Danizad yang baru saja tamat praktikal nya disalah sebuat syarikat audit di Wangsa Maju. Yang lain2 tu maklumlah beli barang untuk keperluan oven saya..... kek ......chocolate.....dan ribbons.
Tempat bermalam di Corus KL........tempat pilihan kami sekeluarga maklumlah...senang nak shopping kat KLCC mahu pun Ampang Park....walking distance aja......shopping ke?...window shopping kot!. Kampung baru pun dekat nak cari makan pun tak susah.....lagi pun 1 hari saja kat sini tak sempat nak bersantai maklumlah kad jemputan perkhawinan berlambak menunggu.
On the way back singgah Puchung Perdana jumpa Chef Asmah itu pun tak sempat berbual panjang Chef tengah sibuk dengan kelas talam.Singgah Bake With Yen Puchung....saya pernah tinggal di Taman Puteri Puchung ni semasa my hubby kerja di Pulau Indah so tak susah nak cari tempat ni....barangan nya jauh lebih murah dari di JB. Cari kotak chocolate dan sebelum balik singgah Nilai 9 cari ribbon.......memang penat tapi puas hati dapat barang murah.
RNR Yong Peng destanasi seterusnya untuk basahkan tekak dan menjamu selera....kesian my hubby kepenatan memandu.....berpeluh dan berminyak muka dia.

No comments:

Post a Comment