Saturday, February 11, 2012

TERLAKSANA HAJAT NAK MAKAN PAVLOVA HASIL TANGAN SENDIRI


Hajat nak makan Pavlova dah lama tersimpan di hati bila nak buat macam malaslah pulak....maklumlah kami tinggal berdua saja disini, pasti tak habis membazirlah pulak. Apa pun waktu belanja barang dapur saya saja beli buah2an ni manalah tahu ada mood nak buat nanti senang buah2an dah ada dirumah.


Oleh kerana terpaksa teman en Hubby ke Kuala Lumpur niat ni terpaksa ditangguhkan lagi dan simpan balek buah2an di dalam peti sejuk. Semalam saya paksa diri buat juga Pavlova untuk minum petang.....kalau tidak buah2an pasti busuk dalam peti sejuk tu.


Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat saya.......memang sedap!! tapi termanislah pulak!!, untuk projek akan datang akan saya kurangkan gula.En Hubby kata memang sedap.....mungkin kalau ada passion fruit, dan buah2an yang masam pasti lagi best katanya... rasa masam pada buah2an akan mengurangkan rasa manis pada Pavlova ni.


Percubaan pertama saya nampak hebatkan hahaha....masuk bakul angkat sendirilah jawabnya.


Kerana terrpaksa simpan buah2an ni satu hari dalam peti sejuk.....buah kiwi dah tak berapa elok, hanya sebiji saja dapat digunakan.


Pada saya .....saya dah berjaya buat tapi tak tahulah apa pandangan orang diluar sana, kalau tak mencuba manalah kita nak tahu hasilnya kan.

No comments:

Post a Comment