Saturday, April 21, 2012

BUTTERSCOTH SAUCE


Wow! siap sudah sos butterscotch saya, plan nak buat biskut choklat chip......biskut ni saya nak buat sebagai door gifts untuk Majlis Tahlil dan doa selamat yang akan saya adakan di rumah saya di Johor Baharu.


Resepi ni saya dapat daripada blog Zack......akak mohon Zack halalkan ya!Saya dah rasa sos ni memang sedap dan terbaik.Sebenarnya dah goggle resepi ni tapi malas nak susah2kan diri cari jalan mudah pergi ke blog Zack...terima kasih banyak2 .


Saya rasa kalau nak buat Butterscotch Cheesecake pun memang rasanya pasti terbaik!....Satu idea yang bagus bolih RND nampaknya.

COCO CHEESE LAYERED CAKE


Buat kek lapis ni bukan lah susah sangat cuma nak melapis tu aja yang lambat sikit, rasa memang sedap. Ataupun siapa yang membuat kek lapis ni kira nya orang tu memanglah rajin!!....sanggup tunggu berjam2 lah juga.Maklumlah pakai oven biasa aja...kalau buat berniaga tu memanglah guna oven yang special kan dua tiga biji kek bolih masuk dalam satu masa.


Kek ni dari segi rasanya memang sedap....adunan yang bersertakan cheese pulak tu susah mahu cerita.Dulu2 saya memang buat berniaga kek lapis....mungkin ada diantara rakan2 blogger yang belum lahir lagi masa tu.Kek lapis saya yang famous sekali pada masa tu Kek Lapis Betawi dan Kek Lapis Surabaya tak menang tangan lah, maklumlah pada masa tu tak ramai yang buak biz kek lapis dan tak ada oven yang canggih macam sekarang ni.


Bila dah duduk berdua saja dengan en suami di sini......banyak masa lapang yang terluang so saya buat balek hobis masa muda2 dulu.Tapi bukanlah nak buat biz ianya lebih kepada suka2 saja daripada tak buat apa2 lebih baik saya sibuk kan diri.Inshallah jika ada masa dan terlebih rajin nanti saya akan tulis resepinya.

GAYA DAN CARA SAYA


Cara dan gaya saya buat mee sup yang simple2 aja......daun sup pun tak ada, tapi rasanya memang terbaik! itu kata suami saya.Siapa lagi nak puji kan kalau bukan en suami....kalau tak sedap pasti mogok seminggu tak masak, mahu dia makan kat luar seminggu...sanggup!!! hahaha .


Walau pun simple aja rasa tetap sedap.....saya hanya guna halia, bawang putih dan bawang merah sedikit aja dan titik2 aja tumis dengan sedikit minyak (saya guna minyak jagung)....lepas tu masukkan air rebusan daging.


Bahan hiasan saya gunakan hirisan lada merah dan cili padi dan bawang goreng saja.....terkilan sedikit tak ada daun sadri hiris.....so kuranggg mengancam.

PAVLOVA LAGI DAN LAGI


Kali ni buat Pavlova kerana tak mahu membazirkan putih telor dan buah2an yang tersimpan dalam peti sejuk.Daripada membazir lebih baik saya buat sesuatu untuk dimakan dan yang terlintas dikepala hanya Pavlova . Saya buat pun bukan kami nak makan buat untuk diberi pada budak budak dipejabat en suami.


Hari ni kurang mengancam sikit kerada ketiadaan buah markisa dan buah kiwi.......saya suka buah2an yang berwarna warni.


Walau pun kurang mengancam tapi tetap habis.

Thursday, April 19, 2012

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE


Ini kali kedua saya buat cupcake ni....yang kali pertama tak sempat nak tangkap gambar....... bendanya dah habis dimakan. Hokkaido Chiffon cupcake ni saya ambil rasepinya dari rakan blogger yang pernah buat , memang sedap ,gebu dan tidak terlalu manis.Kepada yang sudi kongsi rasepi ni saya mohon halalkan ya dan yang belum pernah buat dan teringin membuatnya saya akan cuba menulis resepi dibawah nanti.


Tapi kali ni saya buat kastard nya sekali untuk di paipkan ditengah2 gunung berapi yang hampir merekah tu.Sebagai hiasan saya letakkan chocolate saja.....kalau nak letak buah2an pun ok juga, ikut kesukaan masing masing.


Kalau tak silap saya resepi ni saya ambil dari blog Yummy Bakes dan Nasi Lemak Lover......terima kasih banyak banyak. Dan tiga perempat daripada cupcake ni saya sedekahkan ke pejabat en suami...jangan membazirkan.


Ini yang belum di make up kan.

Hokkaido Chiffon Cupcake
A
4 biji kuning telor
70 gm gula kastor
1 tsp essence vanilla
80 ml susu segar
60 ml minyak jagung
135 gm tepung cake
4 gm baking powder
B
6 aputih telor
50 gm gula kastor

1. Panaskan oven 180 C
2. Atur acuan cupcake
3.Pukul kning telor dan gula hingga pucat warnanya dgn menggunakan senduk kayu saja.
4.Masukkan essence vanilla
5.Masukkan susu kacau lagi dan masukkan minyak jagung dan terus dikacau hingga sebati.
6. Masukkan tepung dan kacau sebati
7. Dalam manggkuk berasingan pukul putih telur dan gula hingga sederhana kental.
8.Ambil 1/3 bahagian putih telur kedalam adunan kuning telur tadi kacau rata.
9. Terus kacau selebihnya adunan putih telur kedalam adunan tadi.
10. Masukkan adunan kedalam acuan cupcake 3/4 penuh.
11.Bakar selama 20 - 25 minit hingga masak.

*Masukkan adunan Kastard kedalam piping bag dan pancit kastard kedalam cupcake dan hias ikut suka.

Wednesday, April 18, 2012

MERAJINKAN DIRI


Chocolate Mascarpone cake, hari ni terlebih rajin buat kek ni.....terpaksa buat kerana  mascarpone chees tu lagi dua minggu tarikh luputnya.Lagi pun minggu depan saya akan pulang bercuti ke Johor Baharu, so tak mahu simpan barang dlm peti sejuk lama lama.


Kek ni memang sedap dan dapat pujian dari semua orang yang telah merasanya. Lebih lebih lagi pakai mascrpone memang rasanya hebat sekali. Chocolat Ganache tu saya gunakanchocolate compoun dari brand SICAO........tu yang warnanya cerahkan.


Pengsan juga nak habiskan cake ni kalau berdua saja yang makan so terpaksa lah en suami bawa ke pejabat supaya teman teman dipejabatnya untuk bersama sama menghabiskan cake ni.


Terlupa pula nak beli Cheese untuk dihias ditepi cake tu  jadi saya gunakan badam hiris yang telah dibakar .
Apa pun comel dan sedap.

SEMUA DALAM SATU


Alhamdulilah tak lama juga saya menyepi diri daripada blog ni, maklumlah tengah cari cari kamera yang sesuai untuk saya gunakan dan senang dibawa kemana mana. Canon IXUS 300 HS.....menjadi pilihan hati, cukuplah kamera yang comel aja.... lagi pun saya bukanlah pakar dalam bidang masakan nak rakam gambar yang hebatkan. Yang ni pun dah cukup bagus ada kan.......terima kasih en suami yang memahami minat saya.


Kenapa  entry kali ni saya kata semua dalam satu ialah dari dari sarapan , makan tengahari dan juga makan malam inilah menunya......dan waktu makan adalah petang. Menunya ketam goreng cili, udang harimau goreng butter dan 2 ekor ketam lagi hanya direbus aja.


Alhamdulilah....cukup unuk kami berdua..........jemput makan!

Saturday, April 7, 2012

SUKA......DAN JUGA SEDIH


Dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur saya berjanji dengan Shidah tuan punya blog The Cat, The Rabbit & The Hedgehog untuk berjumpa di plaza tol Jalan Duta.....terima kasih Shidah KA saya dah dapat.Saya beli KA ni melalui Shidah....harganya memang murah, suka sangat, warna pink menjadi pilihan saya. 


KA ni hadiah hari lahir tahun lepas dari En Suami........terima kasih banyak2 tahun ni plan nak bagi hadiah apa pula ya.Sebenarnya saya dah ada mixer ni tapi bukan jenama Kitchen Aid....apa pun dah namanya perempuan mesti nak yang lebih cantik lagi kan.Tapi saya fikir jangkan panjang mana lah tahun satu hari nanti anak2 perempuan saya suka hobi saya...pasti berguna nantikan.


Dan dikesempatan ini saya nak mengumumkan yang saya akan berehat panjang dari update blog kesayangan ni untuk sementara waktu...mungkin ada beberapa perkara yang tidak mengizinkan saya berbuat demikian.Disebalik suka ada duka..............

HARI KRAFT KEBANGSAAN 2012


Demi menyokong kraftangan Malaysia walaupun hari terakhir sewaktu saya sampai di Kuala Lumpur, sempat juga saya menjenjuk kesini dan dapatlah membeli satu dua barang yang berkenan dihati.


Memang seronok dapat kesini, tak jauh pun dari hotel penginapan kami bersebelahan saja.....berjalan kaki saja dah sampai tak penat pun.Hari yang kami sampai hari terakhir pameran ni banyak barang dijual dengan harga yang murah....


Dapat juga sambar satu atau dua barang yang berkenan dihati....itu pun tidak sempat jelajah kesemua tempat. Maklumlah en suami bukan bolih tinggal seorang pasti akan talipon  tanya u kat mana? cepat sikit! dan macam macam lagi yang dia tanya.Tapi kalau lama lagi dekat sini pasti habis nak diborong maklumlah hari akhir semua barang dijual dengan harga murah.


Kotak tissu....cantikkan


Kotak kayu yang comel bolih isi barang2 kecil saperti kunci dan lain lain.


Dua helai batek lukis untuk diri sendiri......bolih buat baju raya.



Yang ni tak ada dijual disini.......hahaha, ini ole ole dari Danee yang baru pulang dari bercuti di Pulau Redang Terngganu untuk saya, Qeestina dan Natasha. Terima kasih Danee.

SARAPAN DI MANA


Isnin lepas saya ke Kuala Lumpur menemani en suami menghadiri krusus internal audit , menjadi kebiasan saya duduk di hotel Royale Chulan. Tak tahu kenapa saya masih pilih duduk disini mungkin sesuai dengan jiwa say kot.


Kali ni saja nak tunjuk menu sarapan pagi kami.....


Kalau dah melayu tekak sama aja.......local food tetap jadi pilihan.


En suami makan roti canai aja....walau pun empat hari disini cukup upload gambar ni aja....tak tahu mood malas masih ada.


longan


jus manggo


Pesanan Qeestina dan Natasha.....sarung tangan.....nak kemana budak ni? tapi tak sampai hati nak menghampakan permintaannya yang warna purple tu Qeestina punya dan yang pink tu Natashah punya.

Friday, April 6, 2012

PUMKIN CHEESECAKE


Cheesecake dah lama saya buat cuma saya tak tahulah kenapa sejak kebelakangan ni saya malas nak update blog ni. Buat cheesecake ni atas permintaan en suami saya yang gemarkan makan makanan yang bersasakan labu. Baik lepat labu, cucur labu dan apa2 saja yang berkaitan dan seangkatan dengan labu....pucuk labu masak lemak pun memang kesukaannya.


Saya kata padanya saya akan cuba buat cheesecake labu ( pumkin cheesecake )...wah! senyum sampai ketelinga en abang saya mendengarnya.Walaupun kami berdua saja yang akan menjamahnya untuk menyampaikan hajatnya buatlah juga...........mahu seminggu baru habis, itu pun lepas bagi kat kawan dan jamu pada tetamu yang bertandang.


Rasanya memang sedap sangat.....maklumlah menepati citarasa orang yang suka makan labu.