Monday, May 28, 2012

TIGA CINTA HATI LAHIR DI BULAN MEI


Saya dianugerahkan dengan empat orang chahya mata terdiri dari seorang lelaki dan tiga orang perempuan.Ketiga tiga anak gadis saya lahir pada bulan Mei dan setiap tahun bulan Mei pusing kepala memikirkan hadiah yang perlu dibeli. Sewaktu kecil dulu tak lah susah sangat nak bagi hadiah...belikan buku dah cukup puas hati . Tapi sekarang bila dah besar dah pandai demand.....apa pun mereka ni pengubat hati saya mereka tetap jadi keutamaan saya.


Yesmin Ami lahir pada 29 Mei, bertugas sebagai Planning Engineer untuk Project Kinabalu Petronas berkelulusan Degree In Electrical & Instrument.Yesmin sangat rapat dengan saya, manja dan juga teman setia saya.....segala masalah saya Yesmin adalah tempat saya mengadu selain En Suami.Banyak tentang Yesmin yang tak dapat saya ceritakan disini....dia terlalu baik bagi saya sudah cukup mengambarkan bagaimana sikap dia. Terima kasih kerana menjadi seorang anak yang bertanggung jawab pada mama dan papa.


Danizad anak ketiga saya lahir pada 7 mei ,berkelulusan Degree In Accountancy dan bertugas di Standard Chartered Technology Park Bukit Jalil.Dani seorang yang ceria dan peramah dan sangat bertanggung jawab.
Dia seorang yang sangat komitted pada kerja.......dan agak berkira dengan pengurusan kewangan sendiri.
Bagus juga orang yang berkelulusan account ni bolih simpan duit banyak2...ia ke?...


Apa pun Dani dia tetap ceria walau dimana saja.


Dan yang ni Puteri Bongsu saya Nabeela Ami....berusia 21 tahun pada 1 Mei lepas masih belajar lagi Di Politeknik Premier Pasir Gudang dalam jurusan Kejuteraan Makinikal di peringkat Diploma.Seorang yang periang dan banyak cakap.Dia ditawarkan mengambil jurusan account di UITM namun minat lebih dlm bidang kejuteraan dia rela menolak tawaran tersebut.Nabeel baru saja menamatkan pengajian diperingkat Diploma dan akan meneruskan ke peringkat Ijazah tidak lama lagi.


Nabeela juga minat pada seni walaupun dia pelajar sain tulen namun seni lukis tetap subjek pilihan utama nya.Minat seni photography, seni lukis dan craft tangan.Seorang anak yang baik menyangi kami sepenuh hati nya.Mama sayang adik sapertiman adik menyangi kami berdua.Semuga Allah sentiasa memberi adik kejayaan dan kebahagian dalam hidup......Amin.

No comments:

Post a Comment